Tuduhan: Merekrut Askar Wataniah Malaysia Sentimen_anti-Malaysia_di_Indonesia

Pada 16 Februari 2008, Menteri Setiausaha Negara Indonesia Hatta Rajasa menafikan tuduhan media Indonesia bahawa kerajaan Malaysia melatih ribuan rakyat Indonesia di sempadan Kalimantan dengan Sarawak dan Sabah untuk dijadikan Askar Wataniah Malaysia.

Pada 11 Februari 2008, dalam mesyuarat jawatankuasa anggota Dewan Perwakilan Rakyat (Parlimen) Indonesia dengan Ketua Staf Angkatan Darat Indonesia, telah dibangkitkan isu itu tanpa sebarang data dan bukti nyata. Dino Pati Djalal yang merupakan jurucakap Presiden SBY juga menafikan kejadian itu. Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Zainal Abidin Mohamad menjelaskan bahawa tidak munasabah mana-mana negara berdaulat melantik rakyat asing menjaga keselamatannya.

Sebenarnya pada 12 Januari 2008, kerajaan Malaysia menubuhkan Rejimen Sempadan bagi mengawasi sempadan Malaysia-Thailand sepanjang 506 km. Tujuan utamanya mengawal ancaman jenayah di sempadan, jenayah komersil dan mengesan penyeludupan barangan terkawal.

Rejimen Sempadan di Kem Batu 11, Jeli, Kelantan telah dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak .Dengan penubuhan Rejimen Sempadan, Batalion Infantri Siri 300 Askar Wataniah dimansuhkan dan pegawai dan anggotanya seramai 3,600 diserap sebagai anggota tetap Tentera Darat.

Malaysia mencontohi sempadan daratan dan perairan Amerika Syarikat dengan Mexico serta Laut Caribbean yang dikawal selia oleh tentera Amerika Syarikat.[9]

Rujukan

WikiPedia: Sentimen_anti-Malaysia_di_Indonesia http://www.asiaquarterly.com/content/view/160/1/ http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://otak2.blogspot.com/2007/12/malingsia-very-p... http://umum.kompasiana.com/2009/08/28/peneliti-mal... http://www.malaysiakini.com/news/125328 http://www.mysinchew.com/node/5513 http://www.beritaindonesia.co.id/cms/component/con... http://books.google.com.my/books?id=KyIeAAAAMAAJ&q... http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Takhorma... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt...